PSS

VISI PSS
Membentuk budaya ilmu ke arah kecemerlangan warga sekolah menjelang tahun 2020.

MISI PSS
Menjadikan PSS sebagai agen penyebaran maklumat, menyediakan prasarana yang kondusif dan mesra pelanggan bagi menggalakkan penggunaan teknologi serta sumber maklumat secara optimum dan berkesan  dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

DEFINISI PSS
                            
*      Pusat Sumber Sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak.
*      Pusat Sumber memberi tafsiran kepada peranannnya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya.                                                                                                                                                                                                                                
*      Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
*      Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.


KONSEP PSS
Pusat Sumber Sekolah adalah :
Suatau tempat                     merupakan satu suasana pembelajaran yang selesa
bukan sekadar tambahan kepada bilik darjah.
Koleksi                                  pusat pemerolehan sumber dan maklumat yang
diperlukan untuk pembelajaran.
Perkhidmatan                      memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran.
Agen perubahan                  bergerak ke arah pengembangan potensi dan minat
individu serta kerjasama kumpulan.

OBJEKTIF
  1. Kecemerlangan pendidikan=Meningkatkan mutu p&p dan potensi individu serta sahsiah.
  2. Penggunaan kemudahan=Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
  3. Pemupukan tabiatbelajar pendidikan=Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
  4. Penghasilan bahan=Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan p&p.
  5. Perkhidmatan pembelajaran=Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar- pelajar.
  6. Kemahiran maklumat=Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam  proses pemebelajaran.

FUNGSI
1.         Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan
kurikulum dan kokurikulum.

2.         Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

3.         Merupakan tempat bahan p&p dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas
atau di rumah.

4.         Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan
perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

5.         Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

6.         Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

7.         Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

8.         Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

9.         Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

10.       Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.


PIAGAM PELANGGAN PSS

·                   Mewujudkan budaya membaca.

·                   Melahirkan masyarakat sekolah yang berilmu pengetahuan

·                   Beriltizam membina emosi pelajar agar beretika, bertanggungjawab dan berwawasan.

·                   Menyediakan persekitaran yang bersih dan kondusif serta selamat.

·                   Mencapai matlamat dan objektif Pusat Sumber Sekolah dalam P & P.

·                   Menyediakan pelbagai kemudahan untuk mencapai objektif P & P.


MATLAMAT

·                   Mempertingkatkan mutu pendidikan Sekolah Kebangsaan Selayang Utama
.
·                   Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin.

·                   Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin.



OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

·                   Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat.

·                   Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

·                   Menawarkan khidmat runding dan nasihat.

·                   Membina program media untuk P&P.


PENGAWAS PSS
PENGENALAN
Satu badan yang terdiri daripada murid-murid yang ditubuhkan untukmembantu pengurusan dalammencapai matlamat dan objektif PSS.

TUJUAN
Kemas bilik PSS

a.      Menyapu, mengelap lantai, mengelap cermin tingkap dan membuang                                    
      sampah.               
             b.   Menceriakan bilik  perpustakaan, bilik  APD  dan bilik BBM.

Mengemaskan koleksi PSS

a.      Menyusun buku-buku di rak mengikut nombor pengkelasan Dewey.

b.      Memastikan susunan buku kemas dan teratur.

c.       Membantu guru perpustakaan memproses buku dalam kerja-kerja teknikal sahaja. Contoh : menampal poket buku, tampal slip pulang dan slip pinjaman dan menampal label.

d.      Memastikan alat BBM disusun dan diletakkan ditempatnya semula.

e.      Menguruskan peminjaman dan pemulangan buku dan memastikan buku-buku yang dipinjam dipulangkan mengikut tempoh yang ditetapkan dan mengambil tindakan selanjutnya jika pelajar gagal memulangkan buku mengikut masa yang ditetapkan.


Membantu melaksanakan aktiviti PSS

a.      Membantu guru dalam mengendalikan aktiviti seperti pertandingan, pameran, menceriakan PSS, membuat keratan akhbar.

b.      Menambah bahan koleksi. Contoh membuat buku skrap, carta bergambar dan sebagainya.

c.       Membantu guru dalam membuat huruf daripada polisterin untuk digunakan di PSS.


KRITERIA PEMILIHAN PENGAWAS PSS

Pemilihan adalah berdasarkan beberapa kriteria :
a)      Boleh bekerja
b)      Ada minat
c)      Berdisiplin
d)      Ada personality
e)      Sanggup berkerjasama
f)       Bertanggungjawab


SENARAI TUGAS PENGAWAS PSS

Mengemas bilik Pusat Sumber

a.      Menyapu sampah.
b.      Membersihkan habuk, mengelap tingkap.
c.       Menyusun bahan buku dan bukan buku.

Membantu guru dalam aktiviti proses teknik bahan.

a.      Menampal poket buku.
b.      Menampal slip kerja.
c.       Mengisi butiran ke dalam kad buku.
d.      Melabel buku.

Membantu guru mengawasi pelajar di bilik PSS.

a.      Beratur dalam barisan.
b.      Tidak bising.
c.       Tidak mengganggu ketenteraman orang lain.


Membantu guru-guru menguruskan pinjaman buku oleh pelajar dan guru.

a.      Menyemak buku semasa pinjaman dan pemulangan.
b.      Mengecop slip tarikh pulang.
c.       Memasukkan kad buku dalam poket buku berkenaan.
d.      Menyusun kad-kad ahli dan kad buku dalam rak berkenaan.
e.      Merekodkan data statistic pinjaman buku dan bahan bukan buku.
f.        Menerima dan merekod bayaran ( denda ) jika lewat pulangkan buku.

Mengawas bilik PSS

a.      Waktu pagi
b.      Waktu rehat
c.       Waktu petang
d.      Hari Sabtu bekerja.

Membantu guru dalam aktiviti pemuliharaan bahan PSS.

a.      Menampal kulit buku.
b.      Menampal muka surat yang telah koyak.
c.       Menjilid majalah dan akhbar.
d.      Lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai.

Membantu / membimbing pelajar-pelajar lain.

a.      Mencari buku.
b.      Mendapatkan bahan bukan buku.
 

No comments:

Post a Comment